Search This Blog

Thursday, 27 October 2011

Keroncong

Keroncong ialah sejenis seni muzik yang berasal dari pengaruh Indonesia. Ia mula diperkenalkan di Semenanjung Tanah Melayu pada akhir abad ke-19 apabila ramai pekerja buruh dari Indonesia terutama dari Pulau Jawa berhijrah ke Malaysia untuk mencari pekerjaan. Penduduk dari Jawa, juga tidak ketinggalan membawa bersama kesenian mereka seperti muzik gamelan, keroncong, muzik untuk wayang kulit, kuda kepang, barongan, hamdulok, katoperak, dan sebagainya.

Wednesday, 26 October 2011

kompang



Kompang boleh dikatakan alat muzik tradisional yang paling popular di Malaysia, dan digunakan di pelbagai majlis seperti Perarakan Hari Kemerdekaan, pelbagai majlis rasmi, serta majlis perkahwinan. Kompang yang berbentuk seperti sebiji tamborin tanpa kepingan besi disekelilingnya, selalunya dimainkan secara berkumpulan. Pelbagai corak paluan dihasilkan dengan melapiskan pelbagai rentak paluan yang berbeza menjadi satu gabungan ritma yang menarik.

Biola

Biola atau violin adalah sejenis alat muzik bertali yang dimainkan dengan mengunakan penggesek biola (bow). Biola mempunyai empat tali dan leher yang tidak mempunyai fret. Ia dimainkan dengan cara menggesek tali-tali tersebut dan hujung biola diletakkan di bahu pemain. Terdapat beberapa alat lain dalam keluarga biola, contohnya viola dan selo. Bezanya adalah dari segi saiz (kerana bunyi yang dikeluarkan berbeza), namun cara bermain adalah sama. Biola adalah yang terkecil dan mengeluarkan pic yang paling tinggi. Biola dibuat oleh tukang lut(luthier).
Biola adalah sebuah 
alat musik dawai yang dimainkan dengan cara digesek. Biola memiliki empat senar (G-D-A-E) yang disetel berbeza satu sama lain dengan interval sempurna kelima.Nada yang paling rendah adalah G. Di antara keluarga biola, yaitu denganviola dan cello, biola memiliki nada yang tertinggi. Alat musik dawai yang lainnya, bas, secara langsung masuk ke dalam keluarga violin. Kertas musik untuk biola hampir selalu menggunakan atau ditulis pada kunci G.
Sebuah nama yang lazim dipakai untuk biola ialah fiddle, dan biola seringkali disebut fiddle jika digunakan untuk memainkan lagu-lagu tradisional.

Gitar


Assalamu'alaikum dan salam sejahtera...
Di sini kami akan berkongsi sedikit maklumat dan sejarah mengenai alat muzik yang biasa dimainkan sehingga kini setelah mencapai beberapa revolusi, iaitu gitar. Semoga sama-sama kita memperoleh pengetahuan umum ini.

Sebelum pembuatan gitar elektrik diperkenalkan, gitar secara asasnya dikenali sebagai satu alat muzik yang mempunyai leher yang panjang, badan dan bahaian belakang yang rata dan selalunya berlekuk dibahagian tepi . Alat ini telah mula popular sejak 5000 tahun yang lalu. Gitar klasikal yang bertali 6 mula wujud di Sepanyol dan ianya adalah satu alat yang mempunyai sejarah yang sangat panjang. Sepertinya juga alatan muzik bertali dari Eropah lain yang mempunyai persamaan dengan gitar juga telah berusia ribuan tahun. Dari Timur tengah hingga ke Asia Tengah dan India. Daripada situ secara tidak lansung ia mempumyai hubung kait anntara satu sama lain sperti Tnbur Iran dan Setar (di India dikenali sebagai sitar).

Gong

Gong merupakan sejenis peralatan muzik idiofonMelayu yang silam yang berasal dari Asia Timur Selatan. Gong telah wujud semenjak zaman gangsa lagi dari Yunan. Gong juga dimainkan bagi mengiringi permainan wayang kulit. 

saksafon


Saksafon adalah sejenis alat muzik tiupan yang biasanya diperbuat daripada logam tembaga, bentuknya seperti kon yang bengkok berbentuk huruf "J" dan terdapat kekunci untuk bermain dengan jari-jari, sementara bahagian hujungnya terdapat tempat untuk meniup.
Terdapat alat rid di bahagian tempat tiupan tersebut. Saksafon pada asalnya digunakan dalam orkestra dan pancaragam tentera, tetapi kini lebih dikenali sebagai alat muzik dalam muzik popular, big band dan jazz.
Terdapat berbagai-bagai jenis saksofon,antaranya ialah saksafon alto dan saksafon baritone

Monday, 10 October 2011